jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Flag Off Pasukan Woodball Politeknik Negeri Johor telah disempurnakan oleh YM. Tengku Nadzion Bin Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik I rahim Sultan.
Pasukan ini yang terdiri dari 2 pegawai iaitu Encik Mohd Fauzi bin Mohd Sani Pengurus Pasukan(PMJ) dan Encik Mohd Firdaus bin Mohd Noor Jurulatih Pasukan(PIS) dan 4 atlet Muhamad Asyraf bin Kasman(PMJ), Muhamad Iqbal Hyqal bin Khairulnizam(PIS), Nik Nursyarafana binti Nik Mohd Saharuddin(PIS) dan Siti Nur Amalia Binti Abd Rahim(PIS)akan bertanding di Polytechnic Sports Challenge 2024 - Woodball yang akan bermila pada 01-04/05/2024 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
Atlet akan bertanding di dalam kategori berpasukan, beregu dan beregu campuran di dalam kejohanan yang turut disertai oleh Politeknik Negeri dari seluruh Negara.
Semoga kejayaan menjadi milik pasukan.

Flag2

Flag3

Seramai 36 orang wakil Politeknik Ibrahim Sultan yg terdiri daripada organisasi Majlis Perwakilan Pelajar , Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman , Seketariat Sukan & Rekreasi Dan Sukarelawan VT Troopers. Ucapan Perasmian dan sesi Townhall di laksanakan oleh YB Adam Adli bin Abd. Halim Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Pengisian program telah dilaksanakan:
- Taklimat ringkas tentang Belia Negara oleh 10 Rakan Muda yg diberikan oleh YB Tuan Aznan bin Tamin Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Merangkap Presiden Majlis Belia Negeri Johor.
- Perkongsian pendapat , aspirasi dan pandangan tentang Belia & Sukan oleh warga Jawatankuasa Belia & Sukan Negeri Johor
- Ucapan ringkas tentang akta 668 oleh YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.
- Slot bersama Iskandar Regional Development Authority (IRDA)
- Slot Pengurusan Kewangan Secara Berhemat Financial Education Network (FEN)
- Slot Quiz and Answer (Kahoot) bersama Encik Muhammad Alif Persatuan Majlis Belia dan Sukan negeri Johor
Semoga platform libat urus ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memudahkan golongan belia dalam menyuarakan pendapat berhubungg Pelan Transisi Belia.


#jskkpis
#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteammoredreams

townhall

Tahniah Politeknik Malaysia berjaya mendapat tempat ke-2 dalam acara Mixed Double Open Kayak pada pertandingan Labuan Round Island Kayak Challenge 2024 sejauh 51.2 km. Pertandingan ini telah berlangsung pada 28 April 2024 di Labuan International Sea Sports Complex.
Seramai 2 orang atlet Kayak Politeknik Malaysia yang juga merupakan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan telah menyertai pertandingan pada kali ini. Nur Atasha Nabila binti Saring (JKM) dan Mohammad Fahmi Izwan bin Shahril (JPH), berjaya mengharungi kayuhan 51.2km dengan catatan masa 06:13:57.
Pasukan ini dibimbing oleh En Mazlan bin Mearaj selaku Ketua Jurulatih dan Pn Siti Norbaiah binti Harun selaku Pengurus Pasukan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penguruan pasukan, barisan kejurulatihan serta atlet kayak yang telah menunjukkan kesungguhan bermula dari persiapan pasukan, kem-kem latihan dan pada hari pertandingan. Sesungguhnya pengorbanan dan kesungguhan kalian demi menaikkan nama Politeknik Malaysia amatlah dihargai.


#jskkpis
#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteammoredreams

labuan1

labuan2

 

Sesi perbincangan intensif di antara Pasukan PIS yang diketuai oleh Ts. Dr. Saipol Hala @ Saipol Hadi Bin Hasim ( Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi Dan Pengkomersilan, Ts. Dr. Nor Hidayu binti Shahadan (Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik selaku Pengarah Program Projek Dana Inovasi Sosial dan Kajian Sosial 2024), Encik Norfaridzen bin Tohit, Ketua Unit Keusahawanan PIS serta JK Unit Keusahawanan dan Perbadanan Usahawan Johor Sdn.Bhd (PUJB) berkaitan Projek Dana Inovasi Sosial dan Kajian Sosial 2024, KPT. Jabatan Pembangunan Usahawan PUJB dibawah YBrs Tuan Azizi Noor Fizi bin Jamion (Ketua Jabatan Pembangunan Usahawan, PUJB) sedia berkongsi kepakaran dan senarai pendek usahawan yang berpotensi untuk tindakan lanjut pasukan penyelidik PIS.
Pertemuan telah berlangsung di Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB), Iskandar Puteri Commercial Centre. Semoga pertemuan ini membuahkan kecemerlangan pada masa akan datang dalam meningkatkan minat dan potensi pelajar di PIS.

#keusahawananpis
#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteammoredreams

USAHAWAN1

USAHAWAN2

USAHAWAN3

Program "Corporate Social Resposibility (CSR) JKM - Siri 1" bersempena sambutan "Earth Day 2024", Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Ibrahim Sultan
Antara aktiviti-aktiviti :
- Ceramah “Earth Day 2024” yang akan disampaikan oleh SWCorp
- Gotong-royong kebersihan dan keceriaan di sekitar bilik kuliah dan bangunan JKM
- Gotong-royong pemulihan dan penyelenggaraan di kawasan parkir kenderaan JKM
- Gotong-royong lukisan mural di bangunan JKM yang terpilih

jkm

jkm1

jkm4