Program kolaborasi melukis mural yang bertemakan 'Colour of The Sky 2022', telahpun berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Muzium Layang-Layang Pasir Gudang.
Program ini telah dianjurkan pada 14 dan 15 Julai 2022, Diketuai oleh Dr. Nurul Aisyah Binti Othman selaku Pengarah Projek dan penglibatan pelajar Program Diploma Animasi Kreatif Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual PiS.
Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar menunjukkan bakat dan kepakaran yang berada di Jabatan Reka Bentuk & Komunikasi Visual di Politeknik Ibrahim Sultan dan mewujudkan peluang serta platform untuk memupuk nilai kerjasama dan kesukarelawan dalam komuniti.
Turut hadir meraikan pelajar dalam program ini adalah YBrs. Ts, Hj Hamdan bin Samdin, Timbalan Pengarah Akademik PIS, Semoga semua pelajar yang telah mengikuti program ini dapat membentuk insaniah yg kreatif dan mampu berdikari dalam bidang yang diceburi.
#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream