Program Persediaan Hiking dan Perkhemahan

Program Persediaan Hiking dan Perkhemahan telah diadakan pada 5 oktober 2022 (Rabu) jam 2.00 hingga 5.00 petang di Dewan Tunku Abdul Jalil. Seramai 150 orang pelajar kursus kokurikulum yang terdiri daripada pelajar dari Kelab Kembara, Unit Beruniform Pandu Puteri, Pengakap Kelana dan PISPA telah hadir ke program tersebut.
Program ini dilaksanakan bagi bertujuan menyelaras aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kandungan kursus kokurikulum terutama yang berkaitan dengan tajuk perkhemahan dan ikhtiar hidup.
Penceramah jemputan adalah En Hanifan bin Rohani merupakan seorang Malim Gunung Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Program ini adalah hasil kerjasama antara JSKK (Kokurikukum) bersama Unit Beruniform Pandu Puteri dan Pengakap Kelana. Terima kasih kepada pelajar-pelajar dari Unit Beruniform yang lain kerana sudi hadir bagi memeriahkan program tersebut.