jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

English Enhancement Programme (EEP)

Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama English Enhancement Programme (EEP), CISEC dan Persatuan Alumni, Politeknik Ibrahim Sultan telah berjaya menganjurkan dua (2) aktiviti utama sempena program Nail the Job 4.0 2022.
Antaranya Bengkel Resume, Cover Letter & Job Interview yang telah berlangsung pada 11 Oktober 2022 dan Exclusive Mock Job Interview bersama pakar industri pada 18 Oktober 2022. Bengkel Resume, Cover Letter & Job Interview pada 11 Oktober ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh 28 pegawai dari Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor yang diketuai oleh Puan Kamalia Sunarti (Head of Learning & Development, Port of Tanjung Pelepas).
Semua pelajar yang sedang mengikuti kursus DUE50032 Communicative English 3 seramai lebih 400 pelajar telah menghadiri bengkel tersebut. Manakala 30 orang pelajar yang terpilih dijemput untuk menghadiri Exclusive Mock Job Interview bersama pakar industri yang terdiri daripada Funai Corporation, Legoland Resort Malaysia, Cipta Asia Worldwide dan Afiq M.
Hasil daripada program ini, para pelajar dapat melengkapkan diri dengan kemahiran yang standing dengan perubahan dunia pekerjaan dan masyarakat. Pelajar juga dapat menambahbaik kemahiran asas mencari pekerjaan seperti kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, kemahiran insani dan teknikal.