jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR MyBRIGHTER FUTURE CONFECTIONARY & BAKERY – RANTAIAN KASIH

Satu program telah dilaksanakan dibawah anjuran Yayasan Tenaga Nasional (YTN) dengan peserta program ini yang merupakan juga pelajar tajaan YTN dan juga pelajar dari Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) pada 22-23 September 2023.Program Pembangunan Pelajar My Brighter Future (MY BF) Yayasan Tenaga Nasional di Pusat Jagaan TBQ AMAL ini memerlukan bantuan dari segi aspek perkongisan ilmu pengetahuan dalam menjana pendapatan sampingan. Selain dari itu, satu langkah strategik untuk melahirkan insan yang berkemahiran tinggi dan berwibawa melalui pemindahan dan perkongsian ilmu kepada anak-anak di pusat jagaan tersebut. Program ini adalah bertujuan untuk merealisasikan teras pemerkasaan Politeknik Ibrahim Sultan disamping merapatkan silaturahim dikalangan komuniti dan juga pelajar tajaan Yayasan Tenaga Nasional sekaligus ini dapat mempromosikan Yayasan Tenaga Nasional.
Kumpulan pelajar yang terlibat dalam program ini diberi nama ‘Bento’dan mendapat bimbingan dari pasukan pensyarah dan staf PIS iaitu Pn. Mala binti Kadar dan Pn. Siti Aishah binti Zainal sebagai Penasihat Projek, EN. MOHD AZLI BIN ABU sebagai Penasihat Teknikal dan Pn. Hjh. Humairah binti Hamzah, Pn. Wan Mahirah binti Wan Ibrahim, Pn. Nor Marlina binti Othman serta Pn. Maslinda binti Mohd SAH Fasilitator Kumpulan.
Semoga program ini mencapai matlamatnya dan memberikan kejayaan serta menjana minda yang positif kepada semua pihak yang terlibat.