Program I'AM GIFTED 2023 " Dare to Dream in The Boldest of Colours" anjuran JK Kaunseling JRKV bersama pelajar Kursus Event Management DRG4B telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, PIS. Turut hadir memeriahkan program ini YBrs. Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS dan YBrs. Encik Hanizam bin Hussin, Ketua Jabatan JRKV dan YBrs. YM Tengku Nadzion, Ketua Unit Pengantarabangsan PIS serta barisan pengurusan JRKV.
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan moral dan motivasi pelajar dalam pembangunan diri , mendedahkan bidang keusahawanan, merapatkan ukhwah dan melahirkan graduan berciri holistik dengan penglibatan pelajar drg4b dalam pengurusan acara. Program ini juga dilaksanakan telah melibatkan semua pelajar semester 1 di JRKV dan mereka di beri pendedahan pengisian aktiviti dan ceramah oleh pemceramah luar iaitu Encik Ismail bin Isahak, Ketua Pegawai Eksekutif Lega Design.
Semoga program ini memberi banyak manfaat kepada para pelajar terutama pelajar baru dalam bidang kreatif yang sedang mereka lalui di JRKV, PIS.