




Majlis Clock-out YBrs. Ts. Noor Aidi bt Nadzri, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan. Terima kasih kepada YBrs. Dr. Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Pengarah Kanan Kompetensi & Pengarah-Pengarah Bahagian JPPKK, Pengarah-Pengarah Politeknik Dan Kolej Komuniti Zon Johor sudi hadir mengiringi perjalanan hari terakhir Ts. Noor Aidi yang telah berkhidmat 34 tahun 6 bulan dalam perkhidmatan awam.
16 Mac 2023 - Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti di Restoran Baiduri, PIS.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1998, Politeknik Ibrahim Sultan yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Johor Bahru sebelum dimasyhurkan bersempena nama DYMM Sultan Johor pada tahun 2011 telah melahirkan seramai 35,414 graduan dalam bidang TVET.
Pelbagai aktiviti dan high impact program akan dilaksanakan sepanjang tahun 2023 bersempena dengan sambutan Jubli Perak 25 Tahun PIS. Nantikan….
16 Mac 2023 - Majlis Persaraan 'Jasamu Dikenang Setulus Ingatan Kekal Abadi’ bersama warga PIS buat yang teristimewa YBrs. Noor Aidi bt Nadzri, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan yang ke -14.
Congratulations on your convocation in University of Public Service. We love you..
Terima kasih Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti di atas penganjuran majlis….
#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream
Kelab Kebajikan Kakitangan Politeknik Ibrahim Sultan telah mengadakan Kunjung Kasih & Penyerahan Kutipan Sumbangan daripada Kakitangan PIS kepada Encik Saadon bin Zainal (UPIM), yang telah diuji dengan kematian anak beliau.
Penyerahan kutipan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Encik Hamal bin Nasir, Pengerusi Kelab Kebajikan Kakitangan Politeknik Ibrahim Sultan.
Terima kasih diucapkan kepada semua tuan/puan yang telah menyalurkan sumbangan serta menitipkan doa. Didoakan semoga Encik Saadon dan keluarga tabah dan kuat menghadapi ujian ini. InshaAllah, aamiin