Kursus Copper Tooling Arts, Pembelajaran Sepanjang Hayat , peserta pelajar DRI SEM 1, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual.
#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream
Satu Majlis Menandatangani Kolaborasi Strategik Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) bersama Jabatan Pengajian Islam, TV Network Media Prima bagi Rancangan Tanyalah Ustaz telah dilaksanakan di Sri Pentas TV3, Bandar Utama Damansara, Selangor pada 09 Jun 2022. Pada majlis ini YBrs Ts. Noor Aidi Binti Nadzri, Pengarah PIS telah menandatangani document Kolaborasi Strategik dengan Encik Rumzi bin Kamaruddin, Ketua Jabatan Pengajian Islam serta produksi Tanyalah Ustaz.
Turut serta dalam majlis ini adalah pengarah-pengarah dari Kolej Komuniti Raub, Kolej Komuniti Temerloh, Kolej Komuniti Paguh, Kolej Komuniti Baling, Kolej Komuniti Arau, Kolej Komuniti Jeli, Koleh Komuniti Manjung, Kolej Komuniti Bukit Mertajam dan Politeknik Ibrahim Sultan. Kumpulan Politeknik dan Kolej Komuniti ini telah diketuai oleh En. Mohd Hafiz Bin Che Hashim, Pengarah Kolej Komuniti Raub.
Kolaborasi ini bertujuan untuk bekerjasama dalam membuat rekaan pakaian dan menghasilkan busana dan perkongsian dan perundingan latihan. Rekaan busana telah dihasilkan oleh pelajar dengan bimbingan dan pematauan pensyarah kepada panel Da’i Fahmi bagi program Tanyalah Ustaz. Kerjasama ini juga bertujuan mengetengahkan bakat serta kemahiran para pelajar dalam pelaksanaan teori dan praktikal PdP sebenar dilapangan.
Semoga pelaksanaan kolaborasi strategik ini memberikan cetusan positif dan manfaat kepada semua serta menjadi satu lagi lembaran baru dalam Institusi pendidikan terutama di PIS.
#dfpJRKV
#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream
Puan Pengarah, Ts. Noor Aidi bt Nadzri turun untuk bersama-sama bertanya khabar dan beramah mesra bersama-sama pasukan Kanu PIS, yang diketuai Pegawai En Khairul Nazry bin Talib dan Encik Mohamed Rafi M.S. Solaiman dan 5 Atlet Kanu Politeknik Ibrahim Sultan iaitu Nur Atasha, Nur Syahirah, Nurul Najieha, Muhammad Fakrullah dan Muhammad Bahj Rabbani ke Hungary sebelum bergerak ke KLIA untuk menyertai Kem Latihan Kanu dan Kejohanan Kanu di Tizafured, Hungary pada 07hb Jun hingga 29hb Jun 2022 bersama City-Gas Canoe and Kayak Sport Hungary dan Majlis Sukan Negeri Johor. Tahniah dan Selamat Maju Jaya
JOM ikuti dan saksikan ‘VISCOM CHALLENGER 7.0’… Program yang dilaksanakan setiap semester untuk menghargai hasil kerja pelajar Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Komunikasi Visual dan Media Baharu dengan Kepujian. Program ini juga merupakan aktiviti pelajar semester akhir di Politeknik sebelum menjalani Work Based Learning (WBL) di industri selama dua semester. Ini adalah kali ke-7 program ini dijalankan dalam menyemarakkan lagi budaya penyelidikan dan inovasi di kalangan pelajar dan pensyarah di Politeknik Ibrahim Sultan pada amnya dan di Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual khasnya. Selain daripada itu, beberapa aktiviti akan diadakan bagi pengisian bermanfaat kepada semua pelajar dan program ini juga mendapat kerjasama dari rakan industri.