jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Pertandingan seni dan rekabentuk ini telah dimulakan dari tahun 2018 sebagai sebahagian daripada usaha Maybank untuk menyediakan platform artis-artis muda dalam bidang seni. Tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Photo Imaging, Illustration dan juga Sequential Art. Fokus pertandingan pada kali ini adalah menyokong 12 daripada 17 matlamat United Nations’ Sustainable Development Goals.
Taklimat Mytiger Values Art Competition 2023 disampaikan oleh wakil dari pihak Maybank, Puan Sumiyati Bt Baharuddin. Para peserta terdiri daripada pelajar-pelajar dari Jabatan Rekabentuk Dan Komunikasi Visual - seramai 234 orang yang akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

22 Mac 2023 - Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengadakan Karnival Pendidikan Atlet 3.0 (Webinar Pendidikan Akademik & Kemahiran) pada 13-24 Mac 2023. Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk membolehkan kumpulan sasar atlet mendapat maklumat berkaitan IPT dan agensi yang terlibat.
2 orang atlet Politeknik Ibrahim Sultan telah menjadi tetamu jemputan dalam program bual bicara Chit Chat PolyCC Politeknik & Kolej Komuniti yang bersiaran langsung di Facebook Majlis Sukan Negara. Program ini merupakan salah satu aktiviti dalam Karnival Pendidikan Atlet di bawah Majlis Sukan Negara.
Dua orang atlet tersebut ialah:
▪️Mohd Fakhrullah bin Mohd Rumaize (Atlet Kayak)
▪️Yilamaran a/l Vispalinggam (Atlet Karate)
(diiringi oleh En Mohd Nizam bin Saleh@Japri - pensyarah JRKV, jurubahasa)
Semoga sesi bual bicara tersebut memberi manfaat dan isnpirasi kepada semua khususnya pelajar yang menceburi bidang sukan.

Saudara Umar bin Osman, pelajar semester 1 Politeknik Ibrahim Sultan telah mewakili Malaysia dalam 2023 ICTSI PHILIPPINE ATHLETICS CHAMPIONSHIPS berlangsung di The City of Ilagan Sports Complex, Philippine pada 21-27 Mac 2023. Beliau bersama pasukan telah mendapat pingat gangsa dalam acara 4x400 meter lelaki. Bagi acara 400m lelaki, beliau telah mendapat tempat ke-5.
Sama-sama kita doakan agar Umar bin Osman terus sukses dalam bidang yang diceburi dan membawa pingat emas dalam SEA Games 2023 nanti.

Tahniah dan syabas kepada saudari Nur Amiratul Farahin Ab. Rahman memenangi pingat Perak dalam bidang Painting and Waste Art dan telah mendapat bimbingan daripada Puan Nor Hidayah binti Halim, Ketua Jurulatih Abilympics PIS dan Puan Siti Zaitul Hajar binti Hassan, Penolong Jurulatih Abilympics PIS.