jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Satu sesi perjumpaan dan perbincangan bersama Yayasan Pasir Gudang dengan Politeknik Ibrahim Sultan dan Kolej Komuniti Pasir Gudang telah diadakan di Bilik Persidangan PIS pada 31 Januari 2023 dan telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Noranyza binti Mohamad Yusoff, Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Sesi perjumpaan ini bertujuan menjalin kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan diantara institusi dan Yayasan Pasir Gudang. Turut hadir dalam perbincangan ini adalah Brs. Ts. Noor Aidi binti Nadzri, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, YBrs. Ts. Haji Hamdan bin Samdin, TPA PIS, Encik Amalulkhair bin Sarbini, Timbalan Pengarah Unit Ambilan Pelajar, BAPP, Puan Nastasa binti Abdul Samat, Timb. Pengrah Unit Pembangunan Pelajar, BAPP, Encik Shahrul Akmal bin Johari, Pengurus Eksekutif, Yayasan Pasir gudang, Encik Wan Ajrul Asward bin Wan Hashim, Pensyarah Kanan PSH, Kolej Komuniti Pasir Gudang dan Puan Zarina binti Mohd Suhaimi, Pegawai hal Ehwal Pelajar (Pengambilan dan Data) PIS.
Semoga perjumpaan ini dapat membuka lembaran baru dalam meningkatkan pembangunan pendidikan di Pasir Gudang.
 

Program Inspirasi Alumni PIS sempena Program Haluan Siswa Sesi II: 2022/2023 telah berlangsung pada 31 Januari 2023 di Dewan Kuliah Utama (DKU) Politeknik Ibrahim Sultan.
Alumni jemputan program kali ini iaitu Encik Mohd Rashdan Bin Omar merupakan Lead Design and Development Engineer yang kini berkhidmat di Dyson Malaysia Development Centre, Senai, Johor telah berkongsi pengalaman dan memberi inspirasi kepada mahasiswa PIS akan peluang besar yang menanti mereka sebaik sahaja menamatkan pengajian di politeknik.
Semoga ianya memberi manfaat kepada semua yang hadir.
 

Warga akademik JRKV mengadakan sesi ramah mesra bersama pelajar baharu semester 1 pada 02.02.2023 sempena Minggu Haluan Siswa Sesi II : 2022/2023.
Sesi ramah mesra ini turut memperkenalkan para pelajar dengan Penasihat Akademik masing-masing  dalam memulakan jalinan ukhwah dan mewujudkan keharmonian antara pelajar dan warga akademik di JRKV.
#jrkvpis
#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream

newstudent

newstudent1