Kunjungan Hormat Pengarah-Pengarah Politeknik Dan Kolej Komuniti Negeri Johor (POLYCC) ke Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar atau Iskandar Regional Development Authority (IRDA) telah dilaksanakan dengan lancar pada 16 Januari 2023. Kunjungan ini telah diketuai Oleh En. Zahid bin Daim, Pengarah Kolej komuniti Segamat, merangkap Timbalan Pengerusi POLYCC Negeri Johor bersama Pengarah pengarah dari 4 buah Politeknik dan 13 Kolej Komuniti. Pertemuan ini telah disambut mesra oleh Datuk Badrul Hisham Kassim, Ketua Eksekutif, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).
Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk mengeratkan jalinan ukhwah, kerjasama strategik serta perkongsian pintar diantara dua pihak. Semoga kunjungan ini akan membuka ruang dan peluang dalam membangunkan komuniti setempat sebagai tenaga kerja berpengetahuan dan terlatih bagi memenuhi tuntutan dunia pekerjaan melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Semoga usaha ini dapat menjadi pemangkin dalam usaha membangunkan insaniah dikalangan mahasiswa sehingga ke alam kerjaya kelak.
Lawatan Penanda Aras Unit Pengurusan Kamsis Politeknik Port Dickson (PPD) telah pun berjalan lancar di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) di awal tahun baru ini iaitu pada 15 Januari 2023. Lawatan adalah bertujuan bagi melihat lebih dekat proses dokumentasi serta penerangan tentang kemasukkan pelajar ke kamsis di PIS.
Lawatan dari Unit Pengurusan Kamsis PPD diketuai oleh Puan Noorsuhada binti Abdul Hamid (Penolong Pengurus Asrama dan 5 orang stafnya manakala Unit Asrama dan Kolej Kediaman Pelajar PIS, diketuai Oleh Puan Rohana binti Hashim, Penolong Pengurus Asrama, Kolej Kediaman Pelajar, PIS.
Semoga lawatan ini memberikan impak yang positif dalam pengurusan masing-masing dan mengeratkan lagi hubungan dua hala dalam memperbaiki ekosistem pengurusan kerja.
Kunjungan Hormat Pengarah-Pengarah Politeknik Dan Kolej Komuniti (POLYCC) Negeri Johor ke Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Negeri Johor (YADIM) telah dilaksanakan dengan lancar pada 16 Januari 2023. Kunjungan ini telah diketuai oleh En. Zahid bin Daim, Pengarah Kolej komuniti Segamat, merangkap Timbalan Pengerusi POLYCC Negeri Johor bersama Pengarah-pengarah dari 4 buah Politeknik dan 13 Kolej Komuniti. Pertemuan ini telah disambut mesra oleh Encik Muhamad Ammar Abdulah, Pengarah Yadim Negeri Johor dan, Encik Shahrizal Mat, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM.