jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Pada 22 Disember 2022, Program Sijil Kemahiran Hotel dan Katering, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Ibrahim Sultan telah menganjurkan Lawatan Industri Ke Rabbisyfina Food Industry yang menghasilkan produk Yumny (mee kering berasaskan sayur) yang diadakan di Taman Desa Rakyat Perdana, Pasir Gudang. Peserta program ini terdiri daripada 14 orang pelajar khas semester 1, 2 dan 3 daripada Program Sijil Kemahiran Hotel dan Katering bersama 2 orang pensyarah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Ibrahim Sultan. Lawatan ini diadakan bertujuan bertujuan melihat demonstrasi kaedah pembuatan mee sayur secara tidak langsung mempelajari teknik asas pembuatan mee kering yang berasaskan sayur seperti lobak, bayam, sawi, moringga dan labu.
Program ini dikendalikan oleh penceramah juga pengasas, Dr. Khadijah Binti Zakaria dan 3 orang staf beliau iaitu suami, anak perempuan dan anak lelaki. Lawatan ini bermula dengan penerangan terperinci tentang idea asal tercetusnya mee daripada pengalaman kerjaya beliau sebagai seorang doktor perubatan bidang sakit puan dan kanak-kanak. Kemudian peserta dibahagikan beberapa kumpulan kecil dan dibawa ke bahagian pembuatan mee untuk melihat demonstrasi pemprosesan mee meliputi proses penerimaan bahan mentah, proses pembersihan bahan mentah, proses merebus, proses mengisar bahan mentah, proses mengadun bahan-bahan menjadi doh, proses mencanai, proses membentuk mee, proses mengukus, proses membentuk menjadi bulat, proses pengeringan dan proses pembungkusan.
 
Program ini telah mencapai objektifnya apabila ia telah dapat memahami setiap proses dalam pembuatan mee kering selain dapat menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran baru bagi pelajar-pelajar khas juga pensyarah. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama Dr Khadijah dan suami seterusnya dengan penyampaian cenderahati daripada pihak politeknik disampaikan oleh Penyelaras Program, Puan Norliza Binti Ngahdirin kepada Dr. Khadijah.
Laporan oleh: Norliza Binti Ngahdirin
 
lapor1
lapor2
lapor3
lapor4

Tahniah Ts. Dr. Muhammad Helmi bin Abu Bakar, Ketua Unit Pengantarabangsaan dan Ts. Mohd Farhairuddin bin Anuar, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi PIS di atas perakuan sebagai Teknologis Profesional. Semoga lebih ramai yang mendapat pengiktirafan ini.
 

#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream

 
 323418971 2244045635766578 3997978493053525014 n
 
 
 

Pada 31 Disember 2022 (Sabtu), telah berlangsungnya Pertandingan Badminton Tiga Penjuru antara Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), UiTM Pasir Gudang dan UniKL MITEC. Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) telah mengelolakan pertandingan ini yang bertempat di Kompleks Sukan, PIS. Matlamat utama pertandingan ini dijalankan bagi mengeratkan lagi hubungan institusi pendidikan di samping mencungkil bakat baru dalam sukan badminton.
Format pertandingan adalah secara liga berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 1 wakil perseorangan lelaki, 2 wakil pasangan beregu lelaki, 1 pasangan beregu campuran dan 1 pasangan beregu wanita.
Pertandingan turut dihadiri oleh Pn. Hasliza binti Hassan (wakil HEP UiTM Pasir Gudang, En. Ahmad Idzwan bin Yusuf (Penasihat Kelab Badminton UiTM Pasir Gudang serta Cik Nur Syazmeen binti Saiful Rijal (Penasihat Kelab Badminton UniKL MITEC).
Politeknik Ibrahim Sultan telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan ini, diikuti dengan UiTM Pasir Gudang di tempat kedua dan UniKL MITEC di tempat ketiga. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
 
PIS vs. UiTM Pasir Gudang:
Perseorangan Lelaki : (17-21), (21-14), (21-13)
Beregu Lelaki A: (24-22), 21-19)
Beregu Lelaki B: (18-21), (21-14), (21-11)
Beregu Wanita: (21-14), (21-15)
Beregu Campuran: (22-24), (17-21)
PIS vs. UniKL MITEC:
Perseorangan Lelaki : (21-18), (17-21), (15-21)
Beregu Lelaki A: (21-13), (21-17)
Beregu Lelaki B: (21-13), (19-21), (15-21)
Beregu Wanita: (23-21), (20-22), (21-9)
Beregu Campuran: (16-21), (21-18), (21-17)
Syabas dan tahniah kepada kontijen PIS yang terlibat:
▪️Pengurus: En. Nor Munauwirus bin Nordin
Peserta:
▪️Muhammad Fakhrul Hadi bin Mohd Fauzi Hadi (JKM)
▪️Mohamad Haziq bin Mustapa Kamal (JKM)
▪️Muhammad Faiz bin Samsul Bahari (JKE)
▪️Ahmad Amirul Aimin bin Mohamad Suhaimi (JKE)
▪️Nurul Fazira binti Salim (JKE)
▪️Noorfaizah binti Mohd Sham Sool (JKE)
▪️Mohamad Haziq bin Mustapa Kamal (JKM)
▪️Maxwellon Anak Lonnie (JKM)
▪️Muhd Daniel bin Muhd Azde (JKE)
Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Semoga hubungan yang baik ini akan terus terjalin erat dan mengukuhkan semangat kesukanan sesama peserta dan semua yang terlibat. Semoga usaha murni ini terus mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada pelajar khususnya.

Pada 9 November 2022 hingga 4 Disember 2022 telah berlangsungnya program 'Let's Get Fit' dibawah anjuran Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK). Program ini berlangsung selama 1 jam bagi setiap sesi dan diadakan di Kompleks Sukan Politeknik Ibrahim Sultan. Program ini telah disertai oleh staf dari pelbagai jabatan:
1. Jabatan Kejuruteraan Elektrik (9 Nov)
2. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (10 Nov)
3. Jabatan Matematik, Sains & Komputer (21 Nov)
4. Unit Khidmat Pengurusan/ Jabatan Hal Ehwal Pelajar/ Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (24 Nov)
5. Unit Pembangunan & Senggaraan/ Jabatan Pengajian Am/ Unit Kenderaan (1 Dis)
6. Unit Teknologi Maklumat (4 Dis)
Aktiviti senaman yang dilakukan ketika program tersebut dijalankan adalah tabata. Antara aktiviti tabata yang dilakukan ialah:
1. Russian twist
2. Jumping jack
3. High knee
4. Plank
5. Single & Double Ropes Whip
Aktiviti ini juga mempunyai 5 set dimana setiap set berlainan aktiviti senaman yang dilakukan selama 20 minit dan 2 minit rehat diantara set seterusnya.Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan awal berkaitan cara melakukan aktiviti tabata dan kebaikan mengamalkannya.
Semoga program ini dapat menjadi titik tolak kepada peserta untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Kelab Kebajikan Kakitangan Politeknik Ibrahim Sultan telah mengadakan Kunjung Kasih & Penyerahan Kutipan Sumbangan daripada Kakitangan PIS kepada Puan Intan Rafidah binti Abdul Rahim, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik PIS yang telah diuji dengan kematian ibu dan adik beliau pada 12.12 2022.

Penyerahan kutipan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Encik Hamal bin Nasir, Pengerusi Kelab Kebajikan Kakitangan Politeknik Ibrahim Sultan. Turut sama hadir Encik Mazlan bin Karim, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Puan Norfairus binti Mohd Khalid, Timbalan Pengerusi Kelab Kebajikan Kakitangan PIS serta Biro Kerohanian & Kebajikan, Kelab Kebajikan Kakitangan PIS.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat 

Biro Kerohanian & Kebajikan
Kelab Kebajikan Kakitangan
Politeknik Ibrahim Sultan

 

WhatsApp Image 2022 12 29 at 11.41.49 AM