jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Tahniah Dan Syabas buat Atlet Politeknik Ibrahim Sultan yang mewakili Pasukan Johor di International Dragon Boat Marathon di Tanjung Pinang Indonesia pada 24 Dis 2022, yang telah dinobatkan sebagai Juara 1 pada tahun ini.

Kejuaraan yang dicapai ini adalah dari usaha gigih pasukan yang terdiri daripada:

Pengurus : Mohamed Rafi Bin M.S Solaiman
Krew : Khairul Nazry bin Talib

Atlet PIS
1.Muhammad Fakrullah bin rumaizi. JRKV
2.Ahmad Arif Bin Rasydan JRKV
3. mohammad Fahmi izwan JRKV
4. Muhammad Ridzuan Bin Abdul Aziz JRKV
5. Muhammad Bahij Rabbani Bin Mohamad Rizal JKM
6.Ahmad Amir Khan bin Zainal Abidin khan JKE
#jskkPIS
#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream

dayung2

dayung3

dayung4

Telah selesai pembentangan akhir sub kluster ketiga Geran UTM KTP-RIG 2022: Kemahiran Insaniah Pelajar-pelajar OKU pendengaran dan pertuturan di Politeknik Ibrahim Sultan pada 20.12.2022 di ULPL, Politeknik Ibrahim Sultan .

Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar OKU pendengaran dan pertuturan semester 3 yang mengambil kursus Asas keusahawanan bagi Jabatan JPH dan JRKV dan telah menyertai 101 Biz Challenge yang bermula September lalu.

Tujuh kumpulan terlibat daripada tiga program pengajian iaitu:
1. Captain Hut (KRG, JRKV)
2. Warong 5 (KRG, JRKV)
3. Crisp & Co (KHK, JPH)
4. Deli_Cious by KHK (KHK, JPH)
5. Water Panda Enterprise (KFP, JRKV)
6. The Scrunchies Fana Enterprise (KFP, JRKV)
7. Lovely Gift Enterprise (KFP, JRKV)

Program turut dihadiri oleh tiga orang pegawai dari CCIN, UTM yang memantau progress pelaksanaan geran.

Sub kluster keusahawanan ini mendapat sokongan padu pensyarah-pensyarah kursus yang menjadi mentor kepada projek keusahawanan ini.
Terima kasih barisan mentor hebat:
1. En. Johaini bin Ibrahim (JRKV)
2. Puan Azlina binti Ahmad (JRKV)
3. Puan Hanis Atikah binti Hashim (JPH); dan
4. Puan Mazura binti Mahat (JPH).

Pembentangan hari ini dinilai oleh dua orang juri yang berpengalaman bersama pelajar-pelajar pekak iaitu En. Mohd Fadhrul Zharef bin Mohd Fuzi, Penolong Pegawai Tadbir (Job Coach), Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) dan Puan Ismalyza binti Mat Arif, Pensyarah Utama Jabatan Reka bentuk dan Komunikasi Visual, PIS.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang:

1. Captain Hut (KRG)
Most Active Online Engagement

2. Crisp & Co (KHK)
Top Sales

3. Lovely Gift Enterprise (KFP)
Best Entrepreneur

4. Pn. Azlina binti Ahmad
Best mentor

#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream

biz1

biz2

biz3

biz5 biz6

Program Sijil Kemahiran Rekabentuk Fesyen dan Pakaian, Politeknik Ibrahim Sultan telah mengorak langkah bagi mengetengahkan bakat pelajar dengan mengikuti program Peragaan Fesyen Batik bersempena Festival Kraftangan Johor pada 16 - 26 Disember 2022.

Setiap pelajar akan memperagakan sepasang pakaian malam @ kasual setiap orang iaitu hasil produk akhir mereka dengan tema Fashion Batik De Artportunity. Usaha in adalah bagi mempromosikan Program Sijil Kemahiran Rekabentuk Fesyen dan Pakaian dan Politeknik Ibrahim Sultan khasnya serta menyokong promosi produk kraftangan Malaysia.

Semoga program ini dapat menjadi nilai tambah kepada kebolehpasaran pelajar setelah penglibatan dalam aktviti berbentuk akademik.

#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream

kfp1kfp2

kfp3 kpf7

Program ini diadakan bagi mengeratkan kerjasama dengan pihak media juga berkongsi kejayaan cemerlang pencapaian atlet sukan / jurulatih Politeknik Ibrahim Sultan. Program ini telah dihadiri Ts. Noor Aidi bt Nadzri, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Encik Ramlee bin Johari, Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Johor (RTM), para media RTM, atlet dan jurulatih dan ahli pengurusan PIS.