jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Pengarah dan seluruh warga PIS mengucapkan selamat bersara kepada Ybrs. Ts. Zainab binti Ahmad, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti Malaysia, pada
19 Oktober 2022 bersamaan 22 Rabiulawal 1444H.
Bunga mawar dalam jambangan,
warkah kasih dalam lipatan,
sekalung budi sejambak kenangan,
jasa baktimu tetap diingatan.
 
barsara

Program Persediaan Hiking dan Perkhemahan telah diadakan pada 5 oktober 2022 (Rabu) jam 2.00 hingga 5.00 petang di Dewan Tunku Abdul Jalil. Seramai 150 orang pelajar kursus kokurikulum yang terdiri daripada pelajar dari Kelab Kembara, Unit Beruniform Pandu Puteri, Pengakap Kelana dan PISPA telah hadir ke program tersebut.
Program ini dilaksanakan bagi bertujuan menyelaras aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kandungan kursus kokurikulum terutama yang berkaitan dengan tajuk perkhemahan dan ikhtiar hidup.
Penceramah jemputan adalah En Hanifan bin Rohani merupakan seorang Malim Gunung Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Program ini adalah hasil kerjasama antara JSKK (Kokurikukum) bersama Unit Beruniform Pandu Puteri dan Pengakap Kelana. Terima kasih kepada pelajar-pelajar dari Unit Beruniform yang lain kerana sudi hadir bagi memeriahkan program tersebut.

Jutaan terima kasih atas kunjungan TPjR MD SHAH RIZAL BIN ZAINAL, PENGARAH RELA NEGERI JOHOR ke Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Kunjungan Beliau telah disambut oleh Encik Mohamed Rafi bin M S Solaiman, Ketua Jabatan Sukan Kokurikulum dan Kebudayaan PIS dan Encik Mohamed Rizuan Bin Mohamed Noah.