jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

KEJOHANAN ESPORTS UNI-LEAGUE 2020 | MOBILE LEGENDS: BANG BANG | BRONZE MATCH

Tarikh : 21 November 2020
Anjuran : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Penyelaras Projek : Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)
Tuan Rumah : Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Dengan kerjasama :
Majlis Sukan IPTS Malaysia
Majlis Sukan Politeknik Malaysia
Majlis Sukan Kolej Komuniti

Rakan Sukan :
Ancient Galaxy Esports Hub

BRONZE
10.00 AM :
PIS VS UM


Tahniah..
Tahniah kepada Pasukan PIS PRIDE berjaya meraih tempat KETIGA Kejohanan E-Sport Uni League 2020 - Mobile Legend

pride01

pride02

Audit Surveillance 1 MS ISO 9001:2015
Tarikh : 9 & 10 November 2020

Audit kali ini dijalankan secara atas talian oleh pihak SIRIM.

Hasil dapatan audit menunjukan Politeknik Ibrahim Sultan telah memenuhi dan patuh kepada prosedur kerja yang melayakan penarafan ISO. Tiada ketidakpatuhan yang ditemui.

Tahniah dan terima kasih kepada semua warga kerja kerana komitmen anda semua.

Tahniah Politeknik Ibrahim Sultan

sirim08

sirim07

sirim01

sirim02

sirim04

sirim03

sirim05

sirim06

SENTUHAN SENI MENJULANG NAMA PIS
09 November 2020. Tahniah kepada Saudara Adam Syamil Bin Azman, pelajar dari Jabatan Rekabentuk Dan Komunikasi Visual Politeknik Ibrahim Sultan kerana telah memenangi tempat Pertama dan menerima hadiah wang tunai bernilai RM6000.00 dalam Pertandingan MyTIGER VALUES ART COMPETITION 2020 bagi kategori Photo Imaging dan karya beliau bertajuk ‘Fire In Our Soul’. Pertandingan ini dibawah anjuran Maybank Foundation dan telah megadakan 3 kategori pertandingan iaitu Photo Imaging, Illustration dan Sequential Art. Pertandingan ini telah disertai seramai 316 peserta dari 68 buah institusi pengajian tinggi Malaysia.

Terdapat 2 peserta pelajar dari JRKV, PIS telah disenarai pendek dalam pertandingan ini iaitu saudara Adam Syamil Bin Azman (09DRG19F1805) dan saudara Aiman Farhan Bin Md. Rani (09DRG19F1804), dimana kedua-duanya daripada Program Rekabentuk Grafik (DRG3B). Kedua-dua pelajar ini dibawah bimbingan En. Muhammad Azmil Bin Abd Aziz, Pensyarah Program Rekabentuk Grafik. Semoga pencapaian mereka berdua menjadi inspirasi pelajar yang lain dalam mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum serta kegiatan luar kuliah.

mytiger01

Pensijilan Six Sigma Green Belt di bawah Program PENJANA sedang dijalankan di Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) PIS.

Program ini berlangsung selama 10 hari bermula dari 29 Oktober hingga 7 November 2020.

Seramai 40 orang peaerta (31 orang lelaki & 9 orang perempuan) ALUMNI PIS akan mendapat pensijilan ini dan seterusnya akan berpeluang ditawarkan pekerjaan.

Semoga program ini Memberi manfaat dan ilmu kepada peserta serta program ini berjalan lancar dan Beroleh keselamatan sepanjang ianya berlangsung.

sigma2

sigma3

sigma4