Page 18 - METALURGI
P. 18
UJIKAJI MAKMAL METALURGI Muka Surat 18 drp. 43
6. Putarkan lengan penaik untuk menaikan spesimen sehingga terdapat kelegaan
pada hujung spesimen dengan hujung pelekuk mata berlian iaitu lebih kurang
0.5mm - 1.0mm.
7. Laraskan kepada kanta mata mikroskop dan pastinya supaya kedua-dua garisan
pengukur berada dalam medan penglihatan dan kelihatan dengan jelas dan tajam.
8. Setkangarisan rujukan pengukur dengan tindihkan kedua-duanya. selepas
ditindihkan, setkan pada mesin dengan menekan butang Zero. (garisan kanan
ditindihkan pada garisan kiri)
9. Semak garisan rujukan dengan melaraskan tombol mikroskop (garisan pebgukur
sebelah kanan.
10. Laraskan kepada pelekuk berlian dengan memutarkan Turret sehingga pelekuk
berlian berada di atas spesimen.
11. Selepas selesai, tekan butang Start di hadapan panel. Beban akan muka dikenakan
ke atas spesimen dan bunyi di di akan kedengaran. Apabila proses selesai, bunyi
di di akan kedengaran sekali lagi.
12. Setelah selesai, putarkan Turret kepada kedudukan mikroskop untuk mengukur
garis-garis pepenjuru pelekuk d1 dan d2 seperti rajah berikut :
Lekukan
Garisan
Rujukan
(a) Mengukur jarak d1 (b) Mengukur jarak d2
Rajah 3 : Kaedah Mengukur Jarak d1 & d2
13. d1 (jarak pepenjuru dalam keadaan mengufuk)
i) Fokus lekukan yang dihasilkan dengan melaraskan pelaras andas
ii) Putarkan tombol mikroskop pengukur kiri tepat kepada pepenjuru di sebelah
kiri (sebagai garis rujukan).
iii) Kemudian, putarkan tombol mikroskop pengukur kanan tepat kepada
pepenjuru di sebelah kanan.
iv) Setelah bacaan diperolehi, setkan nilai tersebut pada paparan mesin dengan
menekan butang set yang ada pada set pelaras mikroskop.
14. d2 (jarak pepenjuru dalam keadaan menegak)
i) Laraskan set pengukur mikroskop kepada keadaan menegak.