jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Program kolaborasi melukis mural yang bertemakan 'Colour of The Sky 2022', telahpun berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Muzium Layang-Layang Pasir Gudang.

Program ini telah dianjurkan pada 14 dan 15 Julai 2022, Diketuai oleh Dr. Nurul Aisyah Binti Othman selaku Pengarah Projek dan penglibatan pelajar Program Diploma Animasi Kreatif Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual PiS.

Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar menunjukkan bakat dan kepakaran yang berada di Jabatan Reka Bentuk & Komunikasi Visual di Politeknik Ibrahim Sultan dan mewujudkan peluang serta platform untuk memupuk nilai kerjasama dan kesukarelawan dalam komuniti.

Turut hadir meraikan pelajar dalam program ini adalah YBrs. Ts, Hj Hamdan bin Samdin, Timbalan Pengarah Akademik PIS, Semoga semua pelajar yang telah mengikuti program ini dapat membentuk insaniah yg kreatif dan mampu berdikari dalam bidang yang diceburi.

#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream

293479797 4170986573026267 7707656825591591328 n

 293640987 4170986589692932 894500553255262546 n

294156689 4170986746359583 8185616129545319219 n

294168680 4170986713026253 3972061144896821114 n

 

 

Sekalung tahniah kepada 2 orang Pensyarah PIS atas penganugerahan Professional Certificate for Entrepreneurship Educator (ProCEED 2021) oleh UiTM Shah Alam kepada Tn. Hj. Rafiuddin Rohani dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pn. Azlina Ahmad dari Jabatan Rekabentuk Dan Komunikasi Visual. Smoga pengiktirafan ini bakal merancakkan lagi keusahawanan pelajar Zon Selatan.

Program Deaf Exploration And Art Fun Day 2022 atau D.E.A.F. DAY 2022 anjuran Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, PIS melibatkan pelajar OKU (pendengaran dan pertuturan) Semester 1 dan 2 dari program Sijil Kemahiran Rekabentuk Grafik dan Sijil Kemahiran Rekabentuk Fesyen dan Pakaian. Pelbagai aktiviti akan diadakan dalam membentuk insaniah yg kreatif dan mampu berdikari dalam bidang yang diceburi.

 
deaf