Page 34 - METALURGI
P. 34

UJIKAJI MAKMAL METALURGI                                  Muka Surat 34 drp. 43



                   TEORI :



                                                              Permukaan patah baki : kasar




                                                             Permukaan patah lesu : licin dengan
                                                             garisan-garisan tertumpu



                                           Rajah  2 :  Pandangan Permukaan Patah
                                                       Bagi Suatu Kepingan Ujian


                          Tegasan-tegasan  berayun  adalah  jauh  lebih  bahaya  dari  daya  statik  yang
                   dikenakan  sekali  ke  atas  bahagian  struktur  dan  komponen.  Dalam  kes  yang
                   melibatkan  pengulangan  yang  kerap  oleh  beban  statik  yang  dibenarkan,  mungkin
                   salah  satu  bahagian  mesin  akan  pecah  atau  gagal  disebabkan  oleh  kelesuan  bahan.
                   Apabila  bilangan  pusingan  beban  bertambah,  maka  tahap  tegasan  yang  dibenarkan
                   akan menurun. Tegasan-tegasan yang dibawah takat alah sesuatu bahan dalam julat
                   elestik mungkin juga akan mengalami ubah bentuk plastik hasil dari tegasan-tegasan
                   puncak tempatan dalam bahagian bahan. Kesan ini akan beransur-ansur merosakkan

                   bahan  disebabkan  oleh  pengulangan  yang  malar  dan  akhirnya  berlaku  kegagalan.
                   Bilangan  pusingan  beban  yang  mutlak  adalah  faktor  yang  lebih  muktamad  dari
                   frekuendi dalam soal kegagalan.

                          Dengan menggunakan mesin ujian kelesuan, ia boleh menguji kekuatan lesu di
                   bawah  tegasan  lentur  balikan.  Melalui  pelbagai  jejari  kelengkungan  dan  darjah
                   kekasaran  permukaan  pada  kepingan  ujian  yang  digunakan,  ia  juga  berupaya
                   memeriksa kesan pengaruh lekuk ke atas kekuatan lesu.


                   PROSEDUR KERJA :
                   1.  Melegakan alatan beban dengan memusing roda tangan secara lawan jam.

                       (pastikan galas terapung berada pada ketinggian spindal)
                   2.  masukkan sebelah hujung bar spesimen 1 yang berdiameter kecil ke dalam galas
                       terapung pada alatan beban.
                   3.  masukkan lagi sebelah hujung bar kepingan ujian yang berdiameter besar ke
                       dalam cuk simpai dan tolakkan kepingan ujian sehingga ke penghujung dalam.
                   4.  dengan berhati-hati, ketatkan cuk simpai dengan menggunakan spana yang
                       disediakan.
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39